SIBU: Seorang pendandan rambut hampir tidak percaya apabila dia melihat ruang tamunya telah dikosongkan apabila pulang ke rumah malam kelmarin.
Wanita berumur dalam lingkungan 30-an tersebut pulang ke rumahnya di Ulu Sungai Merah pada awalnya mendapati pintu pagar dan pintu depan rumahnya telah dikumpil.
Pengadu mendapati satu set televisyen dan set sofanya telah dilesapkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam ruang tamu rumahnya.
Menurut jirannya, beberapa orang lelaki tiba di rumah mangsa menaiki sebuah lori sekitar jam 6.30 petang.
Jirannya berpendapat bahawa mereka membantu pemilik rumah untuk memindahkan barang dari situ. Satu laporan polis telah diterima di Balai Polis Sentral mengenai insiden tersebut.
Kes tersebut kini dalam siasatan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan