Mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka
MELAKA: Seorang pemandu teksi terkejut apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan persimpangan lampu isyarat Cheng Heights Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini semalam merupakan mayat anaknya sendiri.
Nahas pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nasiruddin Shah Ishak, 28, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi dipandu seorang pelajar sekolah. Mohd. Nasiruddin merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ishak Mohd. Amin, 60, memberitahu, ketika melalui jalan tersebut, dia ternampak mayat mangsa kemalangan terbaring atas jalan. Dia tidak perasan muka mayat itu kerana keadaan pada waktu itu masih gelap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan