Abdul Majid menunjukkan kayu yang digunakan dalam pergaduhan di sebuah restoran
KLUANG: Polis memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan ala gengster Hong Kong melibatkan dua kumpulan kongsi gelap hingga mengakibatkan seorang pemuda terpaksa menerima 10 jahitan di kepalanya akibat dipukul dengan pelbagai jenis senjata dalam kejadian di Taman Suria di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu melibatkan pergaduhan lebih 40 lelaki daripada kumpulan Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang bersenjatakan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau. Pemuda yang cedera itu merupakan ahli kumpulan 969.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan bukan sahaja enggan menyertai kumpulan Jin Ngee Thong, malah didakwa cuba merampas kawasan untuk melebarkan kekuasaannya.
Mangsa sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kumpulan Jin Ngee Thong tetapi keengganannya menyertai mereka telah membuatkan dia dilabelkan orang yang tidak mengenang budi dan ingin melanggar kawasan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, ketika kejadian mangsa dan enam rakannya sedang minum di sebuah restoran di situ sebelum dua daripadanya beredar awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan