Aaron bersama Diyana dan tiga anak mereka
SEBARANG cerita yang melibatkan Aaron Aziz semua orang ingin tahu sehinggakan timbul kisah yang peminat fanatik aktor kacak itu marah-marah apabila Aaron dikatakan ‘tangkap muat’ dengan menerima tawaran berlakon drama dan filem yang dirasakan tidak sesuai dengan status dirinya sebagai ‘Hero Pujaan Malaya’.
Mengambil contoh filem Datin Ghairah dan terbaharu, Ngorat yang dikatakan tidak sesuai dibintangi Aaron, peminat juga mahukan Aaron lebih selektif dalam pemilihan drama mahupun filem selepas ini. Itulah penangan pelakon yang membawakan watak Adam dalam drama hebat yang kini ditayangkan di Astro, Adam & Hawa.
Akibat daripada populariti yang diraih Aaron, 36, tempiasnya turut terkena isteri Aaron, Diyana Halik, 30, yang juga ibu kepada tiga anak mereka, Danish Anaqi, 8 tahun, Dwi Arinna, 6 tahun dan Dahlia Arissa, 2 tahun. Cerita mengenai Diyana yang dikatakan sering mengawal Aaron dan kuat cemburu bukan lagi perkara baharu.
Perkara itu menjadi bertambah hangat apabila ada gosip yang menyatakan kisah seorang isteri kepada aktor yang dilabelkan sebagai menjadi ‘pujaan Malaya’ ketika ini. Isterinya itu dikatakan sudah berani memberi cadangan bagi menentukan calon heroin yang sesuai bergandingan dalam produksi lakonannya.
Dalam perkataan yang mudah, isteri aktor itu membuat cadangan aktres yang boleh bergandingan dengan suaminya itu. Biarpun tidak menyebut nama Aaron dan Diyana, namun umum boleh mengagak gosip ditujukan kepada pasangan Aaron dan Diyana.
"Sebenarnya ia terpulang kepada pihak produksi yang menentukan siapa pelakon-pelakonnya. Memang ada penerbit yang bertanya kepada saya mahu berlakon dengan heroin mana tetapi kata putus tetap dibuat oleh saya bukan Diyana.." Kata Aaron menafikan gosip yang melanda dirinya dan Diyana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan