Isnin, 1 Oktober 2012

Lagi Protes Di Jakarta

Penunjuk perasaan berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam

JAKARTA, Indonesia - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sekitar ibu kota Indonesia di sini untuk memprotes filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 orang menyertai demonstrasi itu yang berlangsung semalam.

Mereka berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal ketat oleh ratusan anggota polis. Demonstrasi tersebut berlangsung dalam suasana aman.

Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh sebuah parti politik berteraskan Islam, Parti Keadilan Sejahtera yang melaungkan slogan anti-AS.

Ramai antara mereka memakai jubah putih dan membawa sepanduk yang membidas kebebasan bersuara di AS.

Protes terhadap filem tersebut turut diadakan di beberapa buah bandar lain di Indonesia baru-baru ini. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan