Isnin, 1 Oktober 2012

Lelaki Ditemui Mati Dengan 2 Kesan Tembakan


KAJANG - Seorang lelaki ditemui mati dengan dua kesan tembakan di belakang badan dan bahagian kepala di tapak memancing Empangan Semenyih, Batu 28, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa yang berumur lingkungan 20-an ditemui oleh seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 4 petang sebelum bertindak melaporkan kepada polis.

"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa dan tiada sebarang tanda-tanda mangsa dirompak,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, semalam.

Ab Rashid berkata turut dijumpai dua butir kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mayat mangsa yang hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan