Selesai tugasan yang pertama, tugasan yang kedua pula yang harus aku lakukan. Tugasan yang pertama bertajuk “Kenapa aku menulis blog?”. Dari apa yang aku baca, kebanyakkan bloger yang menulis blog adalah kerana minat dan ramai juga yang menulis blog kerana mahu menjana pendapatan melalui blog mereka. Terdapat banyak juga faedah2 lain yang akan kita dapat dalam penulisan blog. Dan dari situ aku akan cuba untuk serius dalam penulisan blog dan boleh membuat sesuatu yang berguna dari blog aku di masa akan datang.
Tugasan yang kedua adalah kesinambungan dari tugasan yang pertama. Kalau dalam tugasan yang pertama tentang kenapa dan apakah sebab menulis blog, tugasan yang kedua pula akan menentukan arah tujuan kita menulis blog. Perancangan adalah amat penting bagi kita sebelum memulakan sesuatu perkara tak kira lah dalam kehidupan seharian mahupun dalam kerjaya.
“ Apakah perancangan dan impian yang ingin perolehi
3 tahun dari sekarang?”
3 tahun dari sekarang?”
Emmm… apakah perancangan dan impian yang ingin diperolehi 3 tahun dari sekarang? Satu topik yang membuatkan kita berfikir. Apa yang bakal terjadi dan apa yang akan aku lakukan dalam 3 tahun dari sekarang. Emmm…berangan dulu ekk…
Apa ekk?
Bila terfikir tentang perancangan dan impian, tentu kita akan berfikir tentang kehidupan pada masa akan datang. Bahagia ker aku? Derita ker aku? Senang ker aku? Susah ker aku? Tentang kerjaya di masa akan datang juga pasti akan bermain-main di fikiran. Dapat kerja yang cukup bagus ker aku? Besar ker gaji aku? Naik pangkat ker aku dalam masa tiga tahun lagi...? Dan tak lupa juga tentang apa yang kita lakukan sekarang, contohnya minat dalam menulis blog. Masih kah aku menulis blog? Masih adakah blog aku dalam 3 tahun akan datang? Atau semuanya hanya tinggal kenangan jer…? Pelbagai persoalan yang bermain di minda.
Oooppsss…3 tahun? Emmm…umur pun semakin tua, apakah aku akan tetap seperti sekarang? Dah kahwin ke belum aku dalam masa 3 tahun akan datang? Hehehe…soalan cepu emas yang bermain di kepala aku. Aku harap kehidupan aku akan berubah dalam 3 tahun akan datang.
Kehidupan
Aku nak juga kongsikan apa harapan dan impian aku dalam kehidupan aku dalam 3 tahun akan datang ni. Cheewahh…malu juga ekk. Tapi tak salah juga nak kongsikan, hehehe...
Hehe...
Untuk masa yang akan datang, aku mahu hidup bahagia seperti orang lain. Umur pun dah semakin meningkat, kalau ada jodoh, aku pun nak juga hidup berkeluarga dan bahagia bersama keluarga aku. Hehehe…itu pun kalau jodoh datang dalam masa 3 tahun ini. Kalau tak, bahagia hidup sendiri pun tak mengapa lah…janji hati happy.
Kejaya
Dalam soal kejaya pula, aku nak juga merasa ada kerja yang bergaji besar. Aku harap dalam masa 3 tahun ini aku akan dapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Kalau tak dapat kerja lain pun, harap bos2 kat tempat kerja aku sekarang akan naikkan gaji aku ler. Tapi satu impian dan harapan aku dalam kerjaya. Aku nak kerja kerajaan kerana banyak kelebihan yang di berikan berbanding dengan bekerja dengan swasta.
Blog
Blog? Apakah dalam masa 3 tahun akan datang ini aku masih lagi menulis blog? Aku harap juga masih lah sebab aku ni tak boleh jauh dari laptop. Satu hari tak buka internet rasa hidup aku ni kurang semacam jer.
Kalau aku masih lagi berblog, aku harap blog aku tak le blogspot lagi. Harap pada masa itu blog akan ada domain sendiri. Miri.Net ker? Miri. Com ker? Miri.My pun ok gak…
Aku juga nak pada masa itu, blog aku di kenali ramai juga walaupun tak lah sepopular blog Denaihati, Eizil.Com, Ariffshah.com dan banyak lagi blog yang aku kagumi sekarang. Aku nak juga ramai yang komen dan membaca setiap entri baru di blog aku pada masa itu. Dan aku harus pastikan aku akan belajar pelbagai ilmu2 dan membaca info2 yang amat berguna dalam penulisan blog.
Pada masa itu juga, aku akan cuba belajar menjana pendapatan melalui blog. Aku akan terlibat dalam program pengiklanan seperti Google AdSense dan Innity yang begitu terkenal sebagai syarikat pengiklanan yang membayar lebih tinggi. Haraplah trafik blog aku meningkat supaya aku dapat apply dan di terima Innity. Aku juga akan cuba buat blog dalam bahasa inggeris supaya di terima Google AdSense ekk… Disamping itu juga, aku juga akan cuba melibatkan diri dalam affiliate dan juga bisnes online.
Semoga apa yang dirancang dan segala impian aku akan menjadi kenyataan dalam masa 3 tahun ini nanti. Kepada bloger otai2 tu, sila bagi tunjuk ajar kerana aku ni baru jer belajar dan banyak hal lagi yang aku tak tahu. Segala tunjuk ajar dan info2 berguna yang aku baca dari blog otai2 semua amat aku hargai.
Itu saja dari aku, salam perkenalan buat semua...
semoga semua impian tue tercapai..goodluck utk contest eizil!!
BalasPadamtq cik tom...
Padam3 tahun tetap akan berlalu, bezanya apa yg telah anda buat 3 tahun sebelum tu.Good luck.
BalasPadambetul tu luke...kadang kala bila kita ingat balik apa yang kita buat sebelum tu, banyak perkara yang kita tertinggal dan tidak lakukan dengan sebaik2nya...masa tetap berlalu dan tak terulang lagi...
Padamwah makin senyumlah perancangan ini ya heeee kenelah buat langkah kemas dri sekarang
BalasPadamhehe...kita ni cuma mampu merancang jer...
PadamPerasaan malu letak di tepi,
BalasPadamJika ingin cita-cita dan juga impian,
Kerana kejayaan tidak datang dgn sendiri,
Ia perlu dirancang dan diusahakan.
Kejayaan datang bukan sekelip mata,
Perlu mengerah kudrat masa dan tenaga,
Supaya menjadi suatu yang nyata,
Barulah segala perancangan boleh dibangga.
#Selamtat Berjaya...Unsya Allah....
tq sensasi 2020...semoga berjaya juga kepada bro...
Padamgood luck ye
BalasPadamGood luck utk contest ni...perancangan yg menarik dan teratur...
BalasPadam