KENAPA AKU MENULIS BLOG? Soalan yang membuatkan aku tergaru-garu kepala yang tak gatal pun. Kenapa ekk? Fikiran dan hati di belengu tanda tanya….???? Kenapa? Why? Bakit? Shen me? Kenak? Chewwah...
Untuk mendapat nama dan dikenali oleh ramai orang?
Untuk mendapat ganjaran / wang ringgit dari iklan2 yang dipasang?
Untuk mempromosi produk-produk perniagaan online?
Untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan gembira / sedih?
Sekadar untuk mengisi lapang walaupun tahu tak ada sape nak baca blog kita tu?
Untuk mengenali lebih ramai rakan-rakan bloger?
Banyak lagi tujuan kenapa dan mengapa kita menulis blog. Mungkin salah satu atau dua perkara di atas adalah sebab kenapa aku menulis blog. Tapi, setiap apa yang aku lakukan mesti bermula daripada minat aku untuk melakukannya dan sekurang-kurangnya aku tidak duduk keboringan kerana tak tahu nak buat apa. Walaupun tak seberapa pandai, aku usaha berlajar sedikit demi sedikit.
Aku mulai aktif berblog ni sejak aku mulai kerja di tempat baru dalam awal tahun 2012. Kat tempat baru aku kerja ni, tak ler banyak kerja. Kerja aku cuma duduk dan kalau ada customer tanya itu ini, aku jawab ler itu ini. Tak der lah, cuma kerja aku waktu pagi jer ada sibuk sikit sebab nak update barang. Selalunya sibuk dari jam 9.00 pagi sampai 11.00 pagi jer. Lepas tu, duduk jer la buat kerja sendiri. Buat apa2 jer la selain TIDUR…kalau tidur, comfirm kena goreng bos ler…
Sebenarnya aku tulis blog ni sebab aku bosan jer duduk mengadap laptop sepanjang masa kat tempat kerja. Daripada aku main games budak2 seperti Angry Birds, Plants vs Zombies, Spongebob Collapse, Zuma dan mcm2 jenis games lagi…baik aku tulis blog. Sekurang2nya bila aku post kat Facebook ada juga ler orang nak like, komen dan share. Boleh juga ler tersenyum apabila apa yang kita buat orang baca walaupun entry copy and paste. Heheh…
Aku sebenarnya tak pandai sangat dalam penulisan blog ni. Bila tengok blog bloger yang otai2, terselit juga kat dalam hati nak buat blog seperti blog mereka. Emmmm…layak ker? Hehehe… tak per ler, mana tahu satu hari nanti kot. Aku berblog ni pun diam2 jer. Sebab itu sampai sekarang, kawan2 aku pun tak tau siapa sebenarnya yang punya blog miri4evernet @ MIRI.net. Aku pun tak nak bagi tau, malu ler…
Itu adalah antara blog2 aku tapi yang aku selalu update miri4evernet saja lah. Yang lain tu, jarang aku nak update dengan kata lainnyer…M.A.L.A.S. hehehe…
Aku selalu singgah kat blog Denaihati. Dekat situlah aku tahu sikit2 dunia blog ni dengan lebih meluas lagi. Banyak info2 yang aku dapat daripada membaca setiap entri yang terdapat di blog Denaihati. Kat blog Denaihati juga aku kenal bloger2 otai seperti blog Ariffshah, Benashaari, Amanz.my, dan ramai lagi termasuklah blog2 dari Indonesia yang popular di Denaihati. Dan kat situ jugalah aku kenal dengan blog Eizil.com yang mengadakan contest besar-besaran pertama kali ini di bawah pengurusan Eizil Network.
Mana tau ada rezeki menang...hehehe...
No 1 dari belakang pun tak pe...
Itu saja dari aku, salam kenal buat semua...
Alang-alang dah ada kemudahan untuk online... Apa salahnya guna untuk menulis blog... Tapi jangan sampai kerja terabai dah aa kan... Kerja tu tanggungjawab utama, sebab itu dibayar... Terima kasih kerana sudi menyertai aktiviti ini...
BalasPadamterima kasih atas dorongan yang di berikan. harap saudara memberikan tunjuk ajar jika ada yang terkurang/tersalah... maklum ler,baru2 nak blajar ni...
Padamgood luck untuk contest eizil.com. moga blog bro juga akan setaraf dgn blog2 otai lain juga.
BalasPadamterima kasih bro DH... malu juga rasanya bila bro DH sudi sggah di blog saya yang tak seberapa ni...
PadamMiri ke mari dgn menari,
BalasPadamSinggah di entri penuh sensasi,
Pasti berseri ada org komen di sini,
Teruskan menulis entri selagi ada idea yg mari.
Semoga berjaya dlm apa kerja sekalipun,
Masuklah apa2 contest utk menguji penulisan,
Manalah tahu rezeki akan datang kemudian,
Pasti membuat kita keriangan.
#Selamat berjaya...rakanku Miri4evernet.com.
semoga berjaya juga buat sensasi2020.com...
Padamsalam
BalasPadambagus juga ni,kalau dah semua kemnudahan di depan mata,rasanya tak salah kita berblog,janji kerja yang ada tu jangan terabai pula
wsalam...
Padamada bnar juga. janji kerja tetap lancar. sila bagi tunjuk ajar ya dan terima kasih kerana sudi sggah di blog yang tak seberapa ni...