Wang tebusan ditemui disorok di sebuah kuil di Taman Sutera, Sungai Petani semalam
ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menemui semula wang tebusan sebanyak RM349,700 yang disorok oleh sekumpulan penculik di sebuah kuil di Taman Sutera, Sungai Petani dekat sini pada Jumaat lalu.
Difahamkan wang tersebut disembunyikan dengan cara melekatkannya pada siling kuil yang sedang dalam proses pembinaan itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kumpulan penjenayah terbabit hanya sempat membelanjakan wang tebusan sebanyak RM300 sahaja sebelum ditahan polis.
“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam dengan penahanan lima suspek iaitu dua di Alor Setar dan tiga lagi di Sungai Petani,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
Lima suspek melibatkan tiga warga tempatan dan dua warga asing masing-masing dari India dan Myanmar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan