Betty Banafe bersama tunangnya, Dargus
KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi Betty Banafe yang sebelum ini berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan niat berkahwin dengan tunangnya, Bruce Dargus akhirnya mengambil keputusan untuk bernikah pada 12 Disember ini.
"Ya, saya akan teruskan rancangan pernikahan kami," ujarnya.
Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe, 33, dalam kenyataan di sebuah akhbar kelmarin mengakui dia keliru untuk meneruskan perkahwinannya itu memandangkan terlalu banyak masalah yang timbul dalam hubungan mereka sehingga dia berasa tertekan.
Bagaimanapun, Betty kini nekad untuk meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacukan Inggeris-Lebanon itu.
"Memang saya dan tunang (Dargus) ada perselisihan faham sebelum ini tetapi ia lebih kepada masalah perbezaan budaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan