KUCHING: Seramai 45 individu ditangkap dalam satu serbuan ke atas tujuh premis berasingan di sekitar Kota Samarahan pada petang Sabtu.
Serbuan sekitar jam 4 petang itu dibuat ke premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti mesin judi berkomputer secara atas talian. Mereka yang ditangkap terdiri daripada 13 pekerja dan 32 pelanggan yang turut merangkumi tiga wanita.
Serbuan itu turut menyaksikan sebanyak 101 unit komputer dan wang tunai lebih RM7,000 dirampas.
Serbuan itu dibuat oleh tujuh pasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang terdiri daripada tujuh pegawai dan 16 anggota.
Kes-kes itu disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Mesin Judi Berkomputer).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan