Masjid Darul Istiqamah, Luak
MIRI: Lebih 1,000 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada penduduk Kampung Luak yang disediakan oleh kaum ibu dan wanita di Masjid Darul Istiqamah sebagai juadah berbuka puasa petang semalam.
Dana untuk menyediakan makanan berkenaan disumbangkan oleh usahawan, Hii King Chiong menerusi pusat khidmat beliau.
Ia merupakan sumbangan kedua dari beliau yang sebelum ini menyediakan bubur lambuk untuk pengunjung-pengunjung bazar Ramadan di Stadium Tertutup Miri.
‘Kami akan meneruskan projek ini di pasar raya emart pada 15 Ogos ini dan akan dibuat secara besar-besaran,” jelas Hii.
Turut hadir mengedarkan makanan itu kepada penduduk ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat.
Majlis diteruskan dengan sumbangan duit raya kepada golongan memerlukan dan anak yatim dari kampung berkenaan.
Hadir sama ialah Pengerusi Masjid Darul Istiqamah Shaikh Naeemmuddin dan ahli-ahli pusat khidmat Hii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan