Isnin, 6 Ogos 2012

Ceramah Cegah Jenayah Dan Keselamatan Jalan Raya Di Emart


MIRI: Kesedaran tentang jenayah dan keselamatan apabila berada di jalan raya adalah sangat berguna khususnya kepada orang awam.

Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Utusan Borneo, The Borneo Post, See Hua Daily News dan emart semalam berjaya mengadakan satu program ceramah mengenai kedua-dua topik penting itu di Pusat Komersial emart di sini.

Ceramah pertama ialah ‘Trend Jenayah Masa Kini dan Pencegahan’ diadakan dari jam 2 petang hingga 3 petang dan disampaikan oleh Inspektor Nasrul Hadi Jahat.

Antara topik yang dibentangkan adalah mengenai bahaya penggunaan dadah dan penipuan melalui Internet.

Manakala ceramah kedua ialah ‘Keselamatan Jalan Raya’ dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang oleh Inspektor Rosmadi Ismail.

Topik-topiknya ialah mengenai kesalahan-kesalahan yang menjadi kebiasaan pengguna jalan raya dan bagaimana mencegahnya daripada berlaku.

Turut hadir pada majlis ceramah terbabit adalah Pengurus Cawangan See Hua Marketing Miri Wong Kee Mee.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan