Law bersama ACP Roslan Bek Ahmad (kanan) sedang meneliti pistol tersebut
KUCHING: Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Law Hong Soon menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung beberapa kes bunuh yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.
Ini menurut beliau tidak akan membantu keadaan malah boleh menyebabkan tersebarnya maklumat yang tidak tepat serta mengganggu proses siasatan pihak polis.
Menurutnya, dua daripada kes bunuh di Sibu pada tahun ini telah diselesaikan, manakala dua lagi kes yang berlaku di Miri dan Kuching masih dalam siasatan.
Tambahnya, kes pembunuhan pengurus bank Stephen Wong dianggap sudah selesai ekoran penahanan enam suspek baru-baru ini.
Sementara pembunuhan seorang ahli perniagaan Lin Tong Hock, ibunya Leong Nyuk Lan dan dua anaknya David dan Amy pada Januari juga telah selesai ekoran penahanan seorang lelaki berusia 17 tahun.
“Kes lain yang melibatkan pembunuhan beberapa ahli perniagaan di Sibu, Kuching dan Miri masih disiasat dan tiada perkembangan terbaharu dilaporkan,” katanya pada satu sidang media di sini semalam.
Sementara itu, dalam perkara berasingan, Law memberitahu, pihaknya telah menjumpai sepucuk pistol dan satu magazin peluru di sebuah pangsapuri di Jalan Sharif Masahor di sini kelmarin.
Bagaimanapun menurut beliau, hasil siasatan mendapati pistol tersebut adalah jenis pistol angin dan dipercayai digunakan untuk sebarang aktiviti jenayah.
Hi! I've been following your blog for a while now and finally got the courage to go ahead and give you a shout out from Lubbock Tx! Just wanted to tell you keep up the great work!
BalasPadamhttp://uvid.co/read_blog/628/decisions-for-purchasing-instagram-followers
Have a look at my web blog ; nizza