Khamis, 9 Ogos 2012

Perdana Menteri Dan Isteri Lawat Sarawak Jumaat ini


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bakal menyertai beberapa tetamu kehormat tempatan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan pada 10 Ogos (Jumaat) ini di Dewan Undangan Negeri di sini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata Perdana Menteri akan ditemani Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Selain itu ia dimeriahkan dengan kehadiran menteri dan menteri muda, ahli-ahli Barisan Nasional (BN) Ne-geri, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri dijangka menyampaikan ucapan masing-masing selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam majlis itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan