Isnin, 22 Oktober 2012

Bintang Megamall Anjur Jamuan Sambut Ulang Tahun ke-16


MIRI: Sejak ditubuhkan pada 1996, Kompleks Beli-belah Bintang Megamall di sini kini antara pasar raya menjadi daya tarikan utama para pelancong asing mahupun warga tempatan untuk membeli-belah.

Sehubungan itu, pihak pengurusan kompleks tersebut menganjurkan majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-16 bersama para pemilik premis yang diceriakan dengan acara cabutan bertuah, permainan dan aktiviti hiburan.

Pengerusi Bintang Megamall, Datuk Lau Siu Wai serta isteri merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Lau menyatakan rasa terima kasih kepada semua pengusaha premis di kompleks beli-belah itu atas sokongan mereka selama ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan