Isnin, 22 Oktober 2012

Pencuri Telefon Bimbit Di HUS Dicekup


KUCHING: Kehilangan beberapa telefon bimbit di Hospital Umum Sarawak (HUS) terjawab dengan penangkapan seorang lelaki berusia 46 tahun, awal pagi semalam.

Kegiatan jenayah tersebut disedari setelah salah seorang ahli keluarga mangsa-mangsa ternampak lelaki itu yang dalam keadaan mencurigakan mengambil topi keledar di sebuah wad.

Menurutnya, sejak beberapa hari ini ramai yang mengadu telefon bimbit hilang.

Dia memaklumkan insiden sekitar jam 5 pagi itu kepada jururawat dan pegawal keselamatan kemudiannya dimaklumkan.

Suspek yang dikatakan memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar pendek itu ditahan oleh pengawal keselamatan ketika hendak keluar dari bangunan hospital.

Mereka seterusnya menghubungi polis ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, beberapa unit telefon bimbit ditemui pada mangsa, termasuk dalam topi keledar tersebut.

Suspek dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan