Seorang doktor yang diberkas bagi membantu siasatan kes cabul
NUSAJAYA – Perangai keji seorang doktor mencabul dua beradik lelaki selepas mengumpan mangsa dengan telefon bimbit pintar berakhir apabila dia diberkas di kliniknya di sini semalam. Doktor berusia 40 tahun tersebut diberkas ketika hendak memasuki kliniknya pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pembongkaran bermula apabila bapa mangsa hairan melihat anak-anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun bergaya dengan telefon bimbit pintar yang berharga ribuan ringgit.
Katanya, selepas didesak, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut telah menceritakan yang alat telekomunikasi itu diberikan oleh seorang doktor selepas mencabulnya Sabtu lalu.
“Bapa mangsa yang terkejut kemudian telah membawa anaknya itu ke sebuah hospital untuk diperiksa. Dia bertambah terkejut apabila mendapati anak sulungnya juga menjadi mangsa doktor tersebut kira-kira dua minggu lalu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan