Sabtu, 3 November 2012

Aznil Dakwa Barang Kemas Milik Ibu Lesap


KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Aznil Nawawi mendakwa sejumlah barangan kemas milik ibunya hilang dari rumahnya di Taman Yarl di sini petang semalam.

Aznil yang kini berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran program televisyen Fear Factor memberitahu, kejadian itu disedari ibunya dan seorang pembantu rumah mereka pada pukul 2 petang.

"Saya tidak tahu jumlah kerugian tetapi beberapa gelang dan rantai ibu saya telah dilarikan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas semalam.

Dalam pada itu, Aznil memberitahu, seorang lagi pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Soimah juga gagal dikesan sejak semalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan