Jumaat, 16 November 2012

Berlari Guna " Empat Kaki "

Salah satu aksi Ito di garisan penamat

TOKYO - Seorang lelaki berusia 30 tahun, Kenichi Ito menjadi manusia paling pantas di dunia berlari dengan menggunakan dua kaki dan tangannya.

Dia mencatatkan masa 17.47 saat semasa berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu sejauh 100 meter di sini semalam.

Ito belajar berlari dengan menggunakan semua kaki dan tangannya itu sejak berumur sembilan tahun. Dia meniru larian spesies monyet dari Afrika, Erythrocebus patas untuk melakukan perbuatan tersebut.

Rekod baharunya itu disahkan oleh pihak pengurusan Guinness World Records. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan