Ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India
NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan.
Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan.
Bulu haiwan tersebut juga boleh digunakan untuk membuat kasut dan dompet. Haiwan yang berasal dari Australia itu tidak boleh terbang dan ia kelihatan seperti burung unta. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan