Isnin, 12 November 2012

Dua Beradik Bukan Islam Ikut Berkhatan

Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara

KUALA LUMPUR - Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang dirai pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara semalam.

Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba.

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian dikhatan menggunakan teknik "Alisklamp" oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.

Terdahulu, ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung berkata, dia terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program itu kerana menyedari kepentingan berkhatan.


1 ulasan:

  1. Boleh kah bomba di gunakan untuk upacara berkhatan. tidak itu bukan dalam tugas hakiki pihak bomba.

    BalasPadam