Khamis, 15 November 2012

Geng Latin Tumpas

Barangan yang dirampas daripada kumpulan Geng Latin

SHAH ALAM - Kegiatan jahat lima lelaki Colombia bergelar Geng Latin yang terlibat dalam aktiviti pecah rumah mewah di daerah ini sejak beberapa minggu lalu tumpas selepas kesemuanya diberkas di Puchong pada Isnin lalu.

Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam di sebuah rumah sewa di Taman Kinrara itu, polis menahan kelima-lima suspek yang berusia 22 hingga 51 tahun bersama seorang wanita Thailand berusia 22 tahun. Wanita itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki.

Modus operandi jenayah Geng Latin ialah menyewa kenderaan mewah seperti Toyota Estima dan BMW untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mewah seperti di sekitar Bukit Jelutong, Seksyen 7, 8, 11, 12 dan 13 di sini.

Suspek-suspek kemudian akan menekan loceng rumah yang menjadi sasaran mereka berulang kali bagi mengetahui sama ada rumah tersebut mempunyai penghuni atau tidak sebelum diceroboh.

Geng Latin akan memilih antara waktu petang hingga tengah malam dan ketika hujan lebat untuk melakukan jenayah mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan