Gambar Hiasan
KUCHING: Seorang pemuda dari sebuah kampung di Asajaya mengalami luka di kepala selepas dia didakwa diserang oleh bapanya menggunakan sebatang kayu pada awal pagi semalam.
Mangsa yang berusia 20-an, sedang duduk di depan rumah keluarganya pada sekitar jam 1 pagi apabila bapanya keluar mencarinya sambil membawa sebatang kayu.
Anak beranak itu kemudiannya bertengkar (tidak diketahui puncanya) sebelum si bapa memukul kepala anaknya.
Ahli keluarga serta-merta membawa mangsa yang cedera ke klinik kerajaan, di mana dia kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk rawatan lanjut. Satu laporan polis berhubung serangan telah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan