Pesawat A380 milik syarikat Emirates Airlines yang mengalami masalah enjin
SYDNEY, Australia - Sebuah pesawat syarikat Emirates Airlines A380 mendarat semula selepas dua jam berlepas ekoran salah satu enjinnya rosak, menurut laporan semalam.
Menurut beberapa penumpang, mereka mendengar bunyi yang kuat dan api berwarna oren semasa berada di dalam pesawat. Mereka berkata, kapten pesawat tersebut menyatakan enjin nombor tiga telah ditutup.
Seorang koresponden akhbar Sydney Morning Herald, Matt Campbell berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat bergerak dalam keadaan menaik.
Ketika kejadian, pesawat gergasi itu dalam penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini pada malam kelmarin.
Seorang penumpang, John Fothergill memberitahu akhbar The Australian, dia melihat api dari sebuah enjin. Menurutnya, pesawat tersebut turut bergegar. Punca kejadian masih belum diketahui.
Lebih 70 buah pesawat A380 telah dihantar kepada beberapa syarikat penerbangan di dunia. Pesawat itu dibuat oleh syarikat Airbus. Ia boleh membawa 525 penumpang. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan