Selasa, 13 November 2012

Suspek Kes Pecah Rumah Ditangkap


KUCHING: Polis berjaya menangkap dua suspek kes pecah rumah yang membabitkan kerugian RM10,000 di Kampung Semerah Padi, petang semalam.

Penangkapan dua lelaki berusia 22 tahun dan 28 tahun itu dibuat di kampung yang sama hasil risikan dan maklumat awam.

Beberapa barang disyaki barangan curi seperti barang kemas, televisyen dan dua komputer riba turut dirampas.

Selain itu, polis juga berjaya mendapatkan kembali beberapa dokumen peribadi seperti pasport yang dimasukkan ke sebuah tasik dan dicampakkan suspek ke sebuah tasik di Masja, Petra Jaya.

Tangkapan itu dibuat berhubung laporan sebuah keluarga yang mengalami kerugian sekitar RM10,000 apabila pelbagai barangan dicuri apabila rumah mereka dipecah masuk baru-baru ini.

Insiden itu disedari oleh keluarga tersebut sekitar 7.30 petang Ahad yang mendapati pintu belakang dibuka secara paksa dan terlihat kesan tapak tangan di pintu almari di bilik tidur.

Siasatan masih dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan