Khamis, 1 November 2012

Wanita Ditipu Kenalan Internet


KUCHING: Padah terlalu cepat percayakan kenalan menerusi Internet, seorang wanita hampir mengalami kerugian RM10,000 selepas diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun pagi semalam.

Menurut sumber, wanita tersebut yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pembantu operasi pada mulanya telah dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Martin yang hanya dikenalinya menerusi satu laman sosial sekitar jam 6.30 pagi.

Dalam pangilan telefon itu, mangsa telah dimaklumkan oleh lelaki tersebut bahawa dia telah ditahan Jabatan Imigresen berkaitan masalah dokumen perjalanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan