Isnin, 17 Disember 2012

Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri


KUCHING: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui mati dalam keadaan ngeri di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Siluk, di Lundu, dekat sini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhd Nur Musda, 34, merupakan kaum Bugis dari Sulawesi. Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh pekerja ladang kira-kira empat kilometer dari Kampung Silok ke arah sempadan Indonesia.

Ketua Polis Daerah (KPD) Lundu DSP Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Terdapat kesan luka menyerupai kesan tetakan di bahagian leher mangsa. Sebilah parang turut ditemui berhampiran mayat mangsa,” katanya.

Menurut Wong lagi, siasatan awal mendedahkan bahawa mangsa tiba di kawasan ladang tersebut sekitar tiga atau empat hari lalu.

Tujuan kedatangan mangsa adalah untuk mengunjungi seorang saudara yang juga berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lundu untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan