Isnin, 17 Disember 2012

Adik Ipar Putera William Jadi Wartawan Diraja


Pippa Middleton

LONDON - Sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat (AS), akan menawarkan kepada Pippa Middleton yang merupakan adik ipar pewaris kedua takhta Britain, Putera William kontrak sebanyak AS$60,000 (RM1.83 juta) untuk bertugas sebagai wartawan diraja, lapor akhbar The Sunday Mirror semalam.

Pippa, 29, merupakan adik kepada Kate Middleton, 30, yang berkahwin dengan William pada April tahun lalu.

Pihak pengurusan program Today terbitan stesen televisyen NBC mahu Pippa membuat liputan tentang acara Pertunjukan Bunga Chelsea dan topik tentang Istana Buckingham di London.

Kontrak itu adalah untuk tahun depan.

Beberapa sumber menyatakan, Pippa tidak akan menyentuh tentang isu yang melibatkan hubungan kemesraan dalam keluarga diraja Britain semasa membuat liputan seperti berita mengenai kehamilan kakaknya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, Pippa akan juga membuat liputan tentang 'topik yang panas'.

Sementara itu, Bruno Tonioli yang merupakan juri program pertandingan menari, Strictly Come Dancing mahu Pippa muncul dalam rancangan tersebut di saluran BBC 1.

Tonioli memberitahu akhbar The Daily Star bahawa adik Kate itu akan kelihatan menawan jika dia memakai pakaian yang ketat. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan