Mangsa tidak sedarkan diri setelah dibelasah kaki buli golongan pondan
KUCHING: Seorang lelaki berperwatakan wanita mengalami kesan luka dan lebam di seluruh badan apabila dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali di Kota Sentosa, Batu Tujuh awal pagi semalam.
Mangsa dikatakan sedang menunggu dua rakannya yang ke bilik air apabila seorang lelaki yang menggunakan Perodua Kenari berwarna hitam memberhentikan kereta di tepinya.
Dalam insiden sekitar jam 3 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan keluar dari kereta dengan membawa sebatang belantan dan kayu dan meluru ke arah mangsa.
Melihat aksi lelaki itu yang mahu menyerangnya, mangsa berusaha melarikan diri namun gagal dan seterusnya dibelasah sehingga tidak sedarkan diri.
Rakan mangsa yang ternampak kejadian itu kemudiannya menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
Menurut rakannya, suspek adalah terkenal di kalangan mak nyah kerana sering cuba membelasah dan mencederakan mereka.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pengkalan Kuap, Muara Tuang tidak tahu menahu perkara itu memandangkan baharu tiba dari Kuala Lumpur pada petang kelmarin.
Teruk kena belasah. Apa masalah lelaki tersebut?
BalasPadamapa kes sampai belasah pondan tu??
BalasPadam