Ahad, 22 Julai 2012

12 Maut Helikopter Tentera Udara Brunei Terhempas

Peta menunjukkan lokasi Kuala Belait, Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN - Sejumlah 12 petugas tentera terbunuh apabila sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Brunei terhempas dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada kadet tentera yang diterbangkan pulang selepas menjalani latihan di hutan.

Kementerian Pertahanan Brunei menyatakan, helikopter Bell 212 itu terhempas di daerah Kuala Belait, pedalaman Brunei ketika dalam perjalanan menuju ke sini kelmarin.

"Seramai 12 orang maut dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh.

Ketika nahas berlaku, helikopter tentera itu membawa 14 orang termasuk juruterbang. Kementerian Pertahanan berkenaan tidak menyatakan punca nahas berlaku.


3 ulasan:

  1. Saya juga telah menulis berita ini di blog saya kemarin. Rasa berduka yg sangat mendalam kepada almarhum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah...Takziah buat keluarga mangsa...

      Padam
  2. Boleh kita saling tukar link?

    BalasPadam