Selasa, 31 Julai 2012

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Curi Atap


MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret petang semalam terhadap tuduhan mencuri 23 keping atap jenis spendix kepunyaan seorang lelaki lain.

Harfeezan Yunus, 32, dari Jalan Biri 3, Pujut 1B di sini telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah mencuri sebanyak 23 keping atap berharga lebih kurang RM3,000 milik Lim Fui Hor. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 pagi, 25 Julai lalu di Lot 5 Lorong Piasau 2 di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos depan untuk perbicaraan lanjut.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin tunai RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.


1 ulasan:

  1. memang betul atap diambil setelah diberitahu pekerja2 pendatang asing tanpa permit yg berkerja membuat rumah banglo ka kuil saya tak pasti telah membenarkan saya mengambil atap yg sudah berkarat.32keping bukanlah betul tapi 2 keping separuh dan sekeping ujarnya.memang pengajaran buay beliau dan beliau sudah insaf dengan perbuatannya itu. beliau sendiri sudah memhadiahkan pemilik atap semen kepada Lim Fuh Rer selepas 8 tahun berlalu ujarnya.menurut beliau ingat tempat itu hendak dibuat pagoda tua pek kog ujarnya sambil tersenyum sinis. 8 tahun dipenjara memang masa yg lama menurut beliau yg kini usianya sudah 42tahun.

    BalasPadam