Ahad, 29 Julai 2012

Pembukaan Olimpik London 2012



Simply Amazing!- itulah ayat paling sesuai untuk menceritakan pembukaan Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Olympic Stadium di Kota London.

Majlis berlangsung selama hampir 3 jam 45 minit – dengan setiap saat penuh dengan kekaguman. Hampir 80,000 penonton memenuhi stadium berkenaan dengan ratusan juta lagi menonton siaran langsung di seluruh dunia.

Obor dinyalakan tujuh remaja dan bukannya oleh seorang seperti tradisi sebelum ini, satu kelainan yang layak diberikan pujian.

Pengisytiharan pembukaan dilakukan Ratu Britain, Ratu Elizabeth.



Menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada, dari keindahan bumi United Kingdom, sejarahnya yang panjang dan kaya kepada pelakon-pelakon terkenal British seperti Rowan Atkinson (Mr Bean) dan Daniel Craig (James Bond), semua diadun untuk mewujudkan antara pembukaan olimpik yang terhebat pernah disaksikan.

Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini.

Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948




Tiada ulasan:

Catat Ulasan