Jumaat, 27 Julai 2012

Pembantu Peribadi Lee Kim Shin Patah Kaki Akibat Kemalangan

MIRI: Pembantu peribadi kepada Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin patah kaki setelah kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Pujut-Miri berhampiran Pusat Komersil Bintang Jaya di sini petang semalam.

Selain patah kaki, mangsa yang berusia 27 tahun turut cedera di beberapa bahagian badan, kemudian dikejarkan ke Hospital Miri dengan menaiki kenderaan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Pujut menuju ke pusat bandar.

Setibanya di kawasan berhampiran Pusat Komersil Bintang Jaya, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik serta masuk longkang.

Sementara itu, Lee yang dimaklumkan tentang kejadian itu kemudian bergegas ke hospital untuk melawat mangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan