RAMADAN yang penuh berkat ini diserikan dengan berita gembira buat pasangan suami isteri, Johan dan Ozlyn apabila bakal menerima orang baru tidak lama lagi. Ternyata hasrat pasangan ini untuk menambah cahaya mata dimakbulkan Tuhan.
Ozlyn yang kini hamil empat bulan, meluahkan rasa teruja menantikan anak ketiga mereka. Walaupun tanggungjawabnya kini bertambah, namun tidak menghalangnya menjalani ibadah puasa dengan kesabaran.
“Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya puasa. Di awal kehamilan dulu, memang ada alahan teruk. Tapi, sekarang dah makin hilang.
“Saya harap, kalau tak ada halangan, saya dapat berpuasa penuh tahun ini. Setakat ini, kandungan saya baik dan tiada masalah.
“Saya ada gastrik yang teruk, tapi bulan puasa, gastrik saya hilang. Mungkin itu kelebihan Ramadan,” katanya.
Sejak disahkan hamil, Ozlyn berkata, Johan semakin mengambil berat tentangnya. “Sebelum ini, saya yang ikut Johan. Tapi, sejak saya hamil, dia banyak ikut saya ke pasar malam, kedai dan klinik. Sekarang, banyak masa dia bersama keluarga,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh dan dua tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan