SIBU: Seorang lelaki anak kepada seorang kapitan ditahan polis setelah disyaki cuba mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda di Terminal Bas Jalan Pahlawan di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9.55 malam itu, suspek berumur dalam lingkungan 20-an dibelasah oleh orang awam dalam khalayak ramai kerana disyaki cuba mencuri sebuah kereta Pajero yang diparkir berdekatan terminal itu. Orang awam yang berada di situ turut menghubungi polis setelah suspek berjaya ditangkap.
Unit Polis Peronda Polis (MPV) yang dikerah ke tempat kejadian mendapati suspek mempunyai kesan calar di bahagian muka dan badannya dipercayai akibat dibelasah oleh orang awam.
Difahamkan, seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek berjaya meloloskan dirinya daripada menerima padah yang sama.
Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Siasatan awal polis mendapati Pajero tersebut mempunyai kesan dikumpil di bahagian pintu.
Namun, suspek dikatakan tidak mengaku melakukan kesalahan itu, sebaliknya menuduh rakannya yang berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan