Sabtu, 28 Julai 2012

Dua Beradik Dituduh Bunuh Ibu Tiri Sendiri


KLANG - Dua beradik perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka pada pertengahan bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada pekerja pub, Zahidah Ahmad, 29, dan adik tirinya yang baru berusia 16 tahun.

Semasa tuduhan dibacakan, pelajar tingkatan empat itu berdiri di luar kandang tertuduh dan dilihat sering mengesat air matanya sambil memegang tangan kakak tirinya yang berada di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian guru agama, Tanziah Zainuddin, 72, dengan menekup muka mangsa dengan bantal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Julai lalu di ruang tamu rumah No. 2, Lorong Kiyai Sujak, 20B, Taman Sri Wangi, Kapar di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan