Jumaat, 27 Julai 2012

Lelaki Ugut Tetak Bapa

MIRI: Berang kerana tidak diberi wang, seorang lelaki tiba-tiba mengamuk sambil mengugut hendak menetak bapa kandungnya dengan sebilah kapak.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku malam kelmarin di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini, suspek, 25, dikatakan telah naik berang setelah bapanya enggan memberikan sejumlah wang yang dimintanya.

Menurut sumber, suspek yang baru dibebaskan dari sebuah pusat pemulihan akhlak di Sabah telah meminta sejumlah wang daripada bapanya untuk membeli dadah.

Bertindak atas maklumat diterima sekitar jam 10.30 malam, sepasukan polis daripada Unit Kereta Peronda telah bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan lanjut polis berhubung kes berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan