Selasa, 10 Julai 2012

Askar Cedera Di Kepala Setelah Dilanggar Lari

Askar dikejarkan ke HUS setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala.

KUCHING: Seorang askar mengalami kecederaan di kepala setelah dilanggar lari oleh sebuah kereta yang tidak dikenal pasti.

Dalam insiden sekitar jam 8 malam kelmarin, mangsa yang berumur 26 tahun itu dikatakan dalam perjalanan balik ke kem tentera di Jalan Muara Tuang. Kereta yang melanggar motosikal mangsa dari belakang terus memecut lari sejurus insiden itu berlaku.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 24 tahun mengalami kecederaan parah di kaki dan di kepala apabila Proton Saga yang dipandunya melanggar sebuah bas dari belakang.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, lelaki berkenaan bersama isterinya yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke Samariang.

Mangsa bagaimanapun tidak sempat menekan brek apabila bas itu tiba-tiba berhenti dan terus merempuh bas tersebut.

Kedua-dua mangsa dibawa ke HUS oleh orang ramai yang prihatin untuk menerima rawatan - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan