Rabu, 11 Julai 2012

Cemas Diculik Sejam

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan terpaksa menempuh detik cemas selama hampir satu jam sebelum diselamatkan polis apabila dia dilarikan bersama kereta jenis Mini Cooper Cabriolet miliknya oleh penyamun bersenjatakan sepucuk pistol di Taman Sentosa di sini.

Kejadian pukul 3.15 pagi Jumaat lalu itu berlaku apabila wanita berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur tersebut baru masuk ke dalam keretanya selepas selesai makan di sebuah restoran. Kereta itu direka dengan bumbungnya boleh dibuka.

Tanpa disangka, seorang lelaki berusia 35 tahun terus melompat masuk ke dalam kenderaan melalui bumbungnya yang terbuka itu sebelum mengarahkan mangsa memandu sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, beberapa pelanggan restoran yang melihat kejadian itu kemudian menghubungi polis - Kosmo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan