Rabu, 18 Julai 2012

Isu Pelajar Bawa Telefon Dikhuatiri Tingkat Kes Ragut


MIRI: Kerajaan harus memperhalusi cada gan membenarkan pelajar sekolah seluruh negara membawa telefon bimbit ke sekolah kerana ia dibimbangi akan meningkatkan kes jenayah ragut.

Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MAPIM) Sarawak Wan Zain Syed Modzar berkata pelajar akan mudah menjadi sasaran penjenayah jika memiliki telefon bimbit mahal di sekolah.

“Cadangan ini perlu diperhalusi dan dibincang bersama ibu bapa dan guru di peringkat akar umbi kerana pelaksanaanya dibimbangi akan menimbulkan masalah lain seperti peningkatan kes ragut,” katanya.

Beliau memberitahu, meskipun ia lebih banyak membawa manfaat daripada keburukan, namun ker jaan harus mengambil kira semua pandangan terutamanya dari segi kemampuan ibu bapa.

“Tidak semua ibu bapa mampu membekalkan anak-anak mereka dengan telefon bimbit meskipun demi keselamatan mereka termasuk ibu bapa yang bekerja tetap kerana ia hanya akan menambah beban keluarga,” jelasnya.

Wan Zain menjelaskan, kes-kes kecuriaan juga kemungkinan akan meningkat kerana kemungkinan segelintir pelajar cemburu dengan telefon bimbit rakan yang jauh lebih canggih daripada mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan