Isnin, 2 Julai 2012

Lelaki Ditemui Mati Di Tempat Letak Kereta

Polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Miri

MIRI: Seorang lelaki ditemui mati di tempat letak kereta di kediamannya di sebuah kawasan perumahan di Luak pada awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang dan hanya memakai seluar pendek oleh jirannya pada jam 4 pagi.

Sementara, lengan mangsa mempunyai kesan luka dan berdarah dipercayai terkena pasu bunga yang pecah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, mayat telah dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat.

“Setakat ini kami masih mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Kami masih menunggu keputusan penuh siasatan kes,” jelasnya.

Hasil siasatan awal, polis percaya mangsa meninggal dunia pada jam 2 pagi sebelum ditemui oleh jirannya yang kemudian menghubungi polis.

Mun berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan