Khamis, 1 November 2012

1,028 Termasuk Pengurus Hilang Kerja

Pekerja kilang Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd. mengadakan perhimpunan aman 

KUCHING - Seramai 1,028 pekerja kilang pembuatan komponen elektronik, Sanmina-SCI Corporation (M) Sdn. Bhd., di sini hilang punca pendapatan selepas diberi notis pemberhentian kerja 24 jam secara berperingkat-peringkat bermula petang kelmarin.

Kesemua pekerja yang majoritinya terdiri daripada pekerja bumiputera merangkumi jawatan pengurus, jurutera, penyelia, juruteknik dan operator ditamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya semalam.

Wakil pekerja, James Jalai Gayau ketika ditemui Kosmo! berkata, mereka mula menerima notis pemberhentian pada pukul 6 petang kelmarin dan sehingga pagi semalam kira-kira 800 pekerja telah diberhentikan melalui notis 24 jam.

"Kami sedia maklum baki pekerja menerima nasib yang sama pada hari ini (semalam), syarikat memberikan alasan memberhentikan kami untuk tujuan penstrukturan semula.

"Masalahnya ramai antara kami bergantung hidup dengan pekerjaan ini untuk menyara keluarga," ujarnya yang juga merupakan penyelia di kilang itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan