Isnin, 5 November 2012

210 Mangsa Banjir Dipindah Di Johor


JOHOR BAHRU - Seramai 210 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Batu Pahat apabila kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat semalam.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, 117 mangsa banjir daripada 38 keluarga di Kampung Parit Gantung ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiga Serangkai manakala 61 orang daripada 12 keluarga di Parit Lapis Laman ditempatkan di Balai Raya Parit Lapis Laman.

Seramai 32 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Parit Sentang Batu pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu.

Jurucakap Ibu Pejabat Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor, Khatijah Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mengagihkan bantuan asas kepada mangsa banjir iaitu makanan, minuman, bantal dan selimut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir di kawasan mereka melaluihttp://portalbanjir.mkn.gov.my atau PublicInfoBanjir pada laman Facebook. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan