MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita examiner.com kelmarin.
Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang di sini bersama enam pengawal peribadi aktor itu. Pelakon yang mempunyai ramai peminat itu pernah berjanji untuk membawa ibunya mengerjakan haji.
Mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober lalu selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash. Ia merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan