Isnin, 5 November 2012

Takut Dibunuh, Gadis Serah Kehormatan


KUCHING: Seorang gadis berusia 16 tahun terpaksa akur dengan nafsu buas seorang lelaki setelah diugut akan dibunuh dan dicampakkan ke laut sekiranya enggan menuruti kehendaknya.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad memberitahu, mangsa melepak bersama suspek dan rakan-rakan di kawasan Masja pada malam sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam Khamis lepas.

“Mangsa yang dibawa ke sebuah rumah di Kampung Rampangi dipaksa melakukan hubungan seks.

“Jika enggan, suspek akan memukulnya dengan botol racun serangga dan mengugut membunuhnya serta mencampakkan mayatnya ke laut.

“Oleh kerana takut, mangsa terpaksa mengikut kemahuan suspek,” katanya.

Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang ke rumah katanya, menghantar khidmat pesanan ringkas kepada rakanrakannya untuk meminta bantuan.

Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan