Sabtu, 10 November 2012

Ancaman Banjir Lumpur

Gambar Hiasan

KULIM – Setiap kali hujan, penduduk di kawasan perumahan Kampung Baru, Air Merah di sini pasti resah berikutan ia akan menyebabkan rumah mereka dilanda banjir lumpur.

Kejadian banjir lumpur itu dikatakan dialami penduduk berkenaan sejak dua tahun lalu, dengan kejadian terbaharu Khamis lepas apabila hujan yang turun dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang menyebabkan 40 rumah dimasuki banjir lumpur.

Kejadian itu didakwa akibat lumpur merah dibawa air hujan turun dari sebuah bukit yang sedang dimajukan dengan perumahan berhampiran taman perumahan itu.

Seorang penduduk, Khamis Bahari, 72, berkata, dalam kejadian banjir lumpur itu, rumahnya masuki air selut setinggi hampir 0.3 meter.

"Setiap kali hujan lebat kami menjadi gelisah. Selain kerugian kerana peralatan rumah rosak, kami juga tepaksa mengambil masa membersihkan lumpur dan peralatan yang terkena lumpur,” katanya semasa ditemui, hari ini.

Khamis mendakwa rumahnya telah 10 kali dilanda banjir lumpur sejak dia tinggal di taman perumahan itu hampir 30 tahun lepas. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan