Sabtu, 10 November 2012

Cadangan Dan Kritikan Untuk Menambah Baik Eizil.Com

Tugasan yang pertama yang bertajuk “ Kenapa Aku Menulis Blog ” telah pun berjaya di selesaikan. Begitu juga dengan tugasan yang kedua iaitu “ Perancangan Dan Impian dalam masa 3 tahun akan datang ”. Kini tugasan yang kedua terakhir yang perlu di hantar sebelum ahad ini 11.11.2012 jam 11:59 malam.


Tugasan yang pertama “ Kenapa Aku Menulis Blog ”

Tugasan yang kedua “ Perancangan Dan Impian ”

Bukan sengaja nak hantar lewat tetapi tak ada idea nak buat tugasan yang bertajuk “ Cadangan dan kritikan untuk manambah baik Eizil.Com ”. Malu lah nak bagi cadangan kat Eizil.Com sedangkan blog aku sendiri sendiri pun terlalu banyak yang kurang. Hehehe…



Haa? Kritikan? Layak kah aku nak bagi kritikan untuk menambah baik Eizil.Com? Siapalah aku nak mengkritik sesebuah blog otai lebih2 lagi tuan empunya blog yang mahir dan pakar dalam bidang pembinaan blog, keselamatan blog dan penyediaan theme seperti Eizil.Com ni. 


Oleh kerana itu merupakan satu tugasan yang harus aku laku kan, terpaksa juga lah aku membuat entri tentang “ Cadangan dan kritikan untuk menambah baik Eizil.Com ”. Terlebih dahulu, aku susun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya Eizil.Com terkecil hati ataupun terguris hati dengan entri ini. 

 

Blog Eizil.Com ini memang sudah cukup sempurna di mata aku. Kalau ada pun kekurangan, mungkin sedikit saja yang harus di perbaiki. 

1. Penampilan Blog 


Kritikan

Dari apa yang aku tengok, Eizil.Com ni terlalu simple. Tidak seperti blog2 otai yang lain ada daya penarik terutamanya mempunyai banner yang menarik seperti Denaihati, Ariffshah, Sensasi2020, Profhariz dan ramai lagi.


Cadangan

Tak salah kiranya kalau Eizil.Com memasang banner seperti blog2 otai yang lain. Banner adalah amat penting bagi sesebuah blog. Kalau tak ada banner, blog nampak tak menarik. Tak kisahlah banner tu macam mana, asalkan ada. Kata orang, banner kan penyeri blog. Lagi menyerlah, kalau banner itu menarik dan sedap mata memandang. Ini kerana banner berfungsi sebagai first impression kepada pembaca. 

2. Button Social 


Kritikan

Aku rasa tentu ramai yang sependapat dengan aku yang merasakan button social di Eizil.Com agak tersembunyi. Kalau pembaca tak tengok betul2, tentu tak nampak button social di Eizil.Com


Cadangan

Aku rasa Eizil.Com perlu buat perubahan sedikit tentang tempat letak button social. Media social seperti facebook, twitter dan seumpamanya mempunyai pengaruh tersendiri begitu penting pada masa sekarang. Letak lebih banyak button seperti share, like, G+1, email dan sebagainya di tempat yang sesuai supaya lebih senang untuk pembaca kongsikan segala info2 yang menarik di Eizil.Com.

3. Tulisan 


Kritikan

Warna tulisan di Eizil.Com ni kurang jelas lah. Warna tajuk dia pun nampak malap saja. Saiz tulisan dah cukup baik tapi cuma warna tulisan saja yang ada masalah. 


Cadangan

Harap Eizil.Com akan ubah warna tulisan lepas ni. Tajuk tu kalau boleh bagi terang sikit, tentu lebih menyerlah lagi. Bagi warna lain ke, ok jugak ekk? 

Harap Eizil.Com sudi bagi tunjuk ajar kat aku ler...

Aku rasa cukup lah itu saja kritikan dan cadangan dari aku untuk Eizil.Com  Aku tak pandai lah nak kritik2 orang ini sedangkan aku sendiri pun tak berapa nak betul. hehehe.... Sepatutnya aku yang minta tunjuk ajar dari blog2 otai seperti Eizil.Com ni.


Dari apa yang aku baca di Eizil.Com  terdapat banyak entri2 yang menarik dan info yang berguna untuk di kongsikan. Nak tahu apa info2 yang menarik, baca lah...

Entri terbaik yang di temui dalam Eizil.Com

Cara mudah menyekat akses ke laman sesawang

Dalam entri ini, Eizil.Com menunjukkan cara menyekat kemasukan daripada kumpulan IP yang diketahui hendak menyerang. Cara ini dapat menyekat masuk pelawat yang tidak diingini tetapi haruslah dilakukan dengan hati2.  

Untuk maklumat lanjut klik DISINI




Ini saja untuk tugasan kali ini. Jumpa lagi di tugasan terakhir nanti. Salam perkenalan buat semua dan kepada rakan2 yang ikut serta dalam contest ini, semoga berjaya...


                    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan