Isnin, 5 November 2012

Ariel Tertusuk Paku

Ariel 

VOKALIS kumpulan Noah, Ariel tetap meneruskan persembahannya walaupun kakinya tertusuk paku di atas pentas ketika membuat persembahan di Makassar, Sulawesi Selatan baru-baru ini, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham memberitahu keadaannya bagaimanapun kini sudah semakin baik.

Bekas vokalis Peterpan itu menganggap kecederaan merupakan lumrah terutama ketika sedang asyik beraksi di pentas.

"Biasa, kalau di atas pentas saya suka berlari-lari. Saya terkena paku di kaki semasa lagu ketiga. Sewaktu di atas pentas, tidak terasa. Waktu pulang baru terasa," katanya.

Seluar jeans yang dipakai Ariel turut koyak akibat insiden itu.

"Seluar jeans yang saya pakai itu sudah lama, sudah empat tahun tetapi ukuran masih sama," kata Ariel. Bekas kekasih Luna Maya tersebut berasa beruntung kerana keadaannya kini sudah pulih seperti sediakala.

"Sampai saat ini masih fit. Sejauh ini masih okey," ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan