Isnin, 12 November 2012

BMW Terperosok Ke Dalam Parit

Pemuda 22 tahun nyaris maut dalam kemalangan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 22 tahun nyaris maut selepas kereta BMW yang dipandunya terperosok ke dalam sebuah parit besar di hadapan Balai Polis Sungai Maong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, lelaki yang menyewa di Pusat Komersial Pending itu dikatakan dalam perjalanan ke Batu Tiga.

Mangsa dikatakan terlanggar sebuah penghadang jalan dan seterusnya tiang lampu elektrik sebelum terjunam ke dalam parit tersebut. Ekoran itu, bahagian bumbung kereta BMW itu tercabut dari badannya berikutan impak yang kuat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa hanya mengalami kesan-kesan calar dan lebam, namun tidak ada kecederaan serius dilaporkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan